Want your
own Fotopage?







 
Norbalqis's FotoPage
All about me,hubby and my baby..
By: Norbalqis Amir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 9-Apr-2008 08:42 Email | Share | | Bookmark
First Anniversary

drpd suami kpd ku.. two slices of cheese cake
drpd aku utk suami..sorry hadih ni tak bole wrap lah!
Alhamdulillah, today is our first anniversary. Tapi tahun ni tak ade makan luarlah.. anak kecik lagi, payah sebab dia jalan sikit nak meragam.. so ape yek hadiah daripada kami kepada kami?

Care to comment?


Thursday, 14-Feb-2008 05:01 Email | Share | | Bookmark
Hari-hari Ilham di hospital

ilham kat katil dia. mase ni kecik je nampak ilham
toiletteries dari hospital
ummi ngan ilham. muka ummi sembab dah
View all 8 photos...
Ilham dan ummi dok kat hospital slama 2 hari, hari kedua di hospital iaitu 14hb kami dah balik ke kampung. Mak, abah dan adik datang pada 13hb untuk melawat kami. Tapi takdelah gambar mereka kat sini..lupa nak ambil gambar, yang ade pada kamera abah. Kak nim dan abang sham pon ade datang pada pagi melahirkan ilham tu, jam 3.30 pagi macam tu. Kak nim tak dpt tido sebab dia baru balik check up malam tu.. So, abang sham terus bawak dia dtg melawat kami.

Kepada kawan2 yg datang thanks a lot. Kawan yang pertama ialah Cik Elly, almaklumlah dia dok kat Bandar Baru Bangi gak, so sebelum dia gi keje, dia singgah dulu tengok baby Ilham. Petang tu pulak, Faiz dan adik2 datang bawak hadiah baju pooh.. Lepas tu Nurul and Apek lak datang, pon bagi baju kat baby..Terima kasih banyak2. Nanti bila Nurul dah bersalin, boleh Ilham datang jumpa kawan baru

Care to comment?


Wednesday, 13-Feb-2008 01:56 Email | Share | | Bookmark
Ilham Al-Khwarizmi

saat ilham keluar ke dunia
doktor bersihkan saluran pernafasan ilham
tangisan pertama kedengaran
View all 6 photos...
Melahirkan cahaya mata pertama ini merupakan detik yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Aku dijangka melahirkan ilham pada 2hb Mac 2008, namun seperti yang telah ditetapkan-Nya, ilham hadir melihat dunia 3 minggu lebih awal.

Begini kisahnya: my husband and i went to see the doctor on last Chinese new year, that was for 37 weeks check up. Masa tu the doctor said, baby dah engaged, so baby bila2 pon boleh keluar. Masa tu pon kami nak balik kampung batu pahat, ada kenduri kawin member2 husband ngan kenduri kawin sepupu dia. Aku pon nak ambil kesempatan sebab aku budget itu kali terakhir balik sebelum bersalin.

The next week aku pergi kerja mcam biasa, tapi aku dah tak drive kereta kancil, aku bawak kereta toyota husband. kereta dia auto so, dapat relax sikit. Tapak kaki pon dah makin bengkak bile nak tekan clutch selalu. Malangnya, cramp kat peha makin kuat everytime drive. Kandungan makin berat, tekanan makin kuat kat peha. The next day, aku mintak tolong husband hantar aku pi kerja. Aku bagitau dia, mintak tolong untuk 3 minggu aje..lepas tu aku cuti bersalin. Hari selasa tu, tak ramai yang datang, almaklumlah still mood raya cina.

So masa lunch, aku join Sumi dan Selva pi makan kat giant. Masa tu ada rasa sakit sikit kat perut, tapi aku ignore aje. Masa mengandung hampir setiap hari aku sakit perut gastrik, selalunya memang sakit sangat. So kalau sakit perut sikit2 aku buat tak peduli aje. After lunch kat opis, sakit tu keep on coming. Aku ingat lagi masa nak naik tangga aku bagitau Sumi, aku rase baby mcm dah kat bawah sangat. Sumi kata, Yong pon cakap macam tu a day before dia deliver baby dia. Hari tu pon aku ade chatting ngan Ayin, sembang pasal bersalin. Ayin kate sakit sangat berjam-jam. Memang scary betul bunyinya.

Balik tu aku singgah kat kedai makan Madam Lim untuk order lauk. Aku dah tak masak hampir 3 minggu sebab tak larat berdiri lama-lama. Sampai kat rumah sakit tu makin datang berulang-ulang. Aku kol mak, bagitau pasal sakit perut. Aku sangka makanan tak lawas, so aku pulun la makan pisang. Sambil tu kami dua orang sempat posing2 depan kamera baru beli semalamnya. Beli kamera baru untuk ambil gambar baby. Kamera lama dah kong terus.

Sakit perut tak juga kurang. Lepas azan maghrib aku ajak husband sembahyang jemaah sebab dah lame tak berjemaah. Husband dah bentang sejadah, aku pulak pergi ambil wuduk. Masa tu lah aku lihat ade stain. Aku kol mak lagi, mak kate jangan-jangan dah nak bersalin. Lepas husband sembahyang maghrib, aku packing barang2 nak pi hospital. Sempat gak husband aku makan dinner. Aku dah tak lalu jamah nasik, aku cakap ngan husband nanti nak beli roti aje.

Dalam kereta ke hospital, sakit tu makin kerap datang..tak sampai sepuluh minit sekali. Baru aku teringat sakitnya macam sakit senggugut. Dah lama tak period so, period pain pon dah tak ingat. Masa tu nak cepat2 aje sampai kat hospital, sakit betul rasanya.
Setibanya di hospital, kami terus pi register. Aku dah keluarkan borang admission to hospital yang doctor bagi masa last check-up. Tak lama, aku dibawa ke labor room untuk diperiksa oleh bidan. Bila bidan check, rupa-rupanya dah bukak dalam 4 to 5 cm. Aku terus kena tahan wad. Aku kol mak bagitau dah nak bersalin. Jangkaan bidan, dalam pukul 12 Insya Allah aku dah boleh bersalin.

Sakit makin kerap dan kerap lagi. Dalam pukul 10 lebih, doktor datang pecahkan air ketuban. Scary betol tengok alat yang panjang macam kayu untuk pecahkan air ketuban tu. Lepas tu kena tunggu lagi full dilation baru boleh bersalin. Nak tunggu tu macam satu penyeksaan lagi. Dengan bantuan suami, aku practice kan breathing technique yang baru belajar masa antenatal class untuk relieve the pain. Tapi sakit tetap sakit. Bila dah tak tahan, aku mintak pain killer. Kenalah inject sedas. Tapi aku tak rasa kurang pon. Contraction makin lama makin kerap, aku rasa macam 2-3 minit sekali. Bila doctor datang, aku masih mampu tersenyum. Doctor cakap kalau sakit dah nak bersalin senyuman tu sume takkan ade. Akhirnye dalm pukul 12, dah bukak 10 cm. So aku dah bole deliver bila2 saja time tu. Doctor ngan bidan ada kes lain kat room sebelah. Sebelum tu doctor sempat pesan, kalau rase nak buang air besar, teran aje.

Masa tu aku hanya ditemani suami, doctor ngan bidan sibuk tolong patient lain nak deliver. Tak lame, kedengaran suara baby kat bilik sana. Alhamdulillah dia dah selamat.. Lps ni turn aku pulak. Dlm sejam jugak tunggu doctor. Setiap kali datang contracion, aku teran. Tapi susahnya nak teran. Husband cakap masa teran tu nampaklah rambut baby, bila aku lepas, dah tak nampak apa-apa. Aku pulak dah tak tahan nak tunggu doctor. Habis kes sana, doctor dan 2 orang bidan get ready kat bilik aku plak. Katil disetkan. Kaki aku pulak dah diikat pada katil.

Dengan bantuan doctor dan bidan yang tak putus-putus beri galakan, dalam beberapa minit sahaja, baby aku dah selamat dilahirkan. Tepat pukul 1.56 pagi. Tali pusat baby, husband yang tolong potongkan. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Habis bersalin, tenaga pon dah habis. Memang tak larat sangat. Masa tu doctor nak tunggu uri keluar, dan nak jahit epi. Doctor bagi sedas ubat tidor. Aku tak sedar apa-apa. Jahit pon tak rasa apa macam dah betol-betol pengsan. Bangun je dari tidor, dalm kol 3 pagi aku lihat semuanya dah selesai. Husband cakap aku tidor sampai berdengkur kepenatan.

Begitulah sukarnya proses kelahiran. Husband sepat ambil gambar detik-detik kelahiran baby. Jutaan terima kasih diucapkan kepada staf Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi. Terutama kepada Dr. Khamsiah Muda, Bidan Rogayah dan Bidan Liza (rasenye lah, lupe lak nama bidan). Best bersalin kat situ, sentiasa dengar ayat-ayat suci mase kat labor room dan kat dlm wad. Jahit pon tak rase, sebab dah dipengsankan sebelum itu dengan ubat tidor

Kami namakan dia, Ilham Al-Khwarizmi. Nama Ilham tu husband yang bagi sebab nak dekat dengan nama dia, Ijam. Al-Khwarizmi tu aku yang cari. Aku google kat internet nak ambil nama ilmuwan islam. Al-Khwarizmi pakar matematik Islam, beliau yang invent quadratic equation. Semoga Ilham menjadi anak yang soleh dan cemerlang. . Menjadi kebanggan ummi dan walidnye..


>>>>>>>>>CUBA PAKAI TUDUNG ARAB FESYEN TERKINI - PASTI KELIHATAN CANTIK DAN BERGAYA- JUALAN HEBAT SEKARANG http://nharyatiz.blogspot.com Tue 8-Apr-2008 09:45
Posted by:TUDUNG ARAB
hi..salamm...cograt on ur new pride n joy...hehe..samalah kita...tp bb kita kuar 2mggu awal dr due datenya...senang nnti view ler kat kitanya blog ek...ada pic.kat dlm labor room..hhe..

err...td ada mntion yg u kena pengsankan masa jahit epi...so..maknanya u x dpt la pgng bb u masa dlm lbor room tu...syngnye...2jm yg awal tu ler bb u terang matanya...kalau waktu tu u ckp ngn dia...memang nampak dia pandang u direct 2 ur eyes tau....
Wed 9-Apr-2008 10:23
Posted by:mzznana mrs_zana@yahoo.com  - [Link]
balqis..congratulations..dapat tgk ilham keluar terus dari perut ibu die..subhanallah... Sun 20-Apr-2008 16:59
Posted by:mahan  - [Link]
Add comment


Saturday, 8-Dec-2007 04:51 Email | Share | | Bookmark
Cik Bears's wedding

kak bear and kak emon
bestfriends forever
emon,bear,ayu,nani,kak tam n qiqi
View all 14 photos...
Our bestfriend cik bear is no more cik.. she is now Puan Bear.. hehe Congratulations to the lovely bride and groom Irna and Farid.. Yes, finally she made the married UTMP-sel (pompuan) list to be 10/12..
to kak tham n nani, cepat2 tak sabor2 nak attend wedding korang plak.. hehe
Another happy news from our friends, cik mai has safely delivered a beautiful baby girl on last thursday, while iwa delivered a gorgeous baby boy on the same day of kak bear's wedding..
Me.. I'm counting my days next year.. scarynye.. then ayu (tak tentu baby sapa kuar dulu), mim and my best friend emon..
seronok pi wedding cik bear, reunion kengkawan serumah mase dok kt tmn U dulu.. all of u are my best freinds ever.. LOVE u all...

Care to comment?


Sunday, 2-Dec-2007 17:01 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kawin Atoi & Kenduri Tunang Cik Fizz

Atoi dan suami, merah gitu
fizz and anak sedara yg tembam sgt..geram tol tgk pipi dia
aku pon nak enteprem gak
View all 10 photos...
Disember dtg lg..kali ni lebih banyak kenduri bersempena cuti sekolah. Minggu ni kami balik kampung hutan melintang..sampai-sampai kampung,pukul 1.30 tgh sabtu, aku and husband terus naik motor pi kenduri kat hutan melintang.. senang sket nak parking
So, tahniah kepada pengantin cik Lailatul Kamar a.k.a Atoi dan suaminye.. malangnye baru snap satu pic, dah memory full..oleh sebab pinjam kamera abah (kamera tertinggal kt kl), tak berani nak delete gambo lain..
The next day, 2hb12 pulak..pi kenduri tunang cik Nor Hafizah a.k.a fizz dan tunangnye Daniel..Fizz nampak cun gitu pakai baju putih, theme pada majlis ni ialah putih and light purple, mmg sweet sgt..

Care to comment?


Sunday, 11-Nov-2007 11:01 Email | Share | | Bookmark
Scan Baby...

11 weeks
23 weeks
Alhamdulillah, baby skang dah 24 weeks dlm tummy ummi dia Didoakan Allah permudahkan kelahirannya kelak..
So far dah scan baby 4 kali.. The latest 1 last week. Oklah, ni rupa baby mase 11 weeks (full body) dan last week, 23 weeks.. baby dah pandai pose.. ikut muka sapa ni ye? ummi dia ke walid dia..hmmm

Wahhhh tahniah!! Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Sesungguhnya saat yang amat bermakna dan mendebarkan.


---------------------------------------------------------
MHK Studio - Capturing Memorable Moments
http://www.MHKstudio.com
http://BlueShades.fotopages.com
Wedding Photographer (Creative, Candid & Photojournalism)
Mon 12-Nov-2007 07:50
Posted by:BlueShades @ MHK Studio
Add comment


Saturday, 13-Oct-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Raya 2007

shafiq, aishah and aiman
happy hadif and haziq
kids sooo hepi
View all 6 photos...
First time beraya sebagai isteri.. oklah,takdela nervous sangat..lgpon adik beradik abang tak ramai.. anak sedara boleh tahan jugakla.. tahun ni keluar duit raya lebih sket..anak buah
pon dah bertambah dari 1 ke 10 orang!! tahun dpn tambah lagi cucu mak ngan abah jadi 12 orang Insya Allah..
Tak amik gambar banyak.. menurut kakak2 ipar, every year amik gambar dpan umah ni..every year yang berubah ialah number of family members.. mmg bertambah every year.. Alhamdulillah..

selamat datang ke fotopages.....ramai jugak anak buah balqis... Mon 12-Nov-2007 00:15
Posted by:umi riz_watie@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.